New Zealand Trip: Greymouth-Hokitika-Franz Josef
An antique car was seen passing-by in Greymouth town at late afternoon.
One of the prominent landmarks in Hokitika - the Clock Tower. It is a memorial to the soldiers who fell in the Boer War (1899-1902) and also commemorates the coronation of King Edward VII.
Hokitika Carnegie Free Public Library was opened in 1908, (currently is the West Coast Historical Museum) from patio of Cafe de Paris.
Setelah hampir sejam di Hokitika, kami beransur untuk menuju ke sebuah lagi pekan kecil yang diberi nama Ross – pekan lama ‘gold mining’. Beberapa orang dari kami cuba untuk mendulang dengan sedikit bayaran, manakala aku, Ludwig serta Sarah hanya berlegar-legar di kawasan sekitarnya yang diwartakan sebagai salah sebuah penempatan bersejarah dan pusat pelancongan. Amat sepi sekali persekitaran di sini, ada beberapa rumah lama yang masih terjaga rapi dan sedikit kesan peninggalan pelombong emas yang terdahulu.
Kami sampai di destinasi seterusnya iaitu Franz Josef sekitar tengahari, langsung terus check-in di hostel. Beberapa minit kemudian aku terus menuju ke pekan kecil Franz Josef yang terletak beberapa minit berjalan kaki dari hostel, untuk menempah aktiviti seterusnya - Half-day Glacier Hiking. Ludwig ikut serta dalam aktiviti ini manakala Sarah memilih untuk melakukan Franz Josef Heli Hike, yang lebih menarik dan tentunya jauh lebih mahal.
Semasa mendaftar untuk aktiviti 'santai' ini, aku tidak menduga bahawa ianya agak sedikit sukar bagi mereka yang tidak fit dari aspek fizikal. Aku bayangkan ianya hanya sebuah aktiviti seperti leisure walk sambil bermain salji dan berguling-guling atas glacier. Sangkaanku merosot apabila Guide memberikan penjelasan ringkas mengenai aktiviti hari itu. Sekali pandang jarak dari tempat aku berdiri dan kaki gunung amat dekat, mungkin hanya beberapa minit perjalanan, namun ianya hanya sebuah ilusi, jarak sebenar ialah hampir 2 Kilometer! Itu belum lagi dikira jarak untuk mendaki dan sebagainya. Bermacam-macam perhitungan pula bermain di fikiran aku ketika itu - "Mampukah aku? Boleh ke sampai ke atas sana?"
Menuruni kawasan gunung tidak sesukar pendakian, aku seperti meluncur laju dan seolah-olah memperolehi tenaga baru. Langit agak sedikit gelap ketika kami sampai ke bawah gunung, sudah semakin lewat petang, matahari sudah mula menghilang bersama cahayanya. Suasana di pekan kecil Franz Josef amat tenang, sejuk yang teramat dan langit pula semakin berbalam bertukar warna kemerah-merahan. Indah sungguh ciptaan Allah di bumi sebelah sini. Aku sempat melihat kawasan sekitar, mencari-cari kedai menjual kopi panas dan kedai runcit untuk membeli sedikit bekalan makanan untuk malam nanti.
Semua makanan sudah habis dan dapur sudah ditutup, tetapi masih boleh memesan minuman. Max memberitahu kepada pelayan restoran bahawa hari itu merupakan hari lahir aku, dan Chef bersetuju untuk menyediakan kentang goreng dan Blueberry Cheese Cake yang dihias menarik berserta sebatang lilin. Bukan itu sahaja, dimainkan juga lagu-lagu klasik selamat hari jadi di corong sound speaker restoran. Aku dan Max berbual pelbagai subjek dari politik, agama dan pengalaman hidup. Kemudian kami bermain pula Billiard di hostel sambil menyambung perbualan sehingga larut malam. Hari yang sungguh panjang dan amat meletihkan bagi aku, namun ianya meninggalkan banyak kenangan manis yang pastinya kekal terpahat dalam ingatan!
Labels: Franz Josef, Greymouth, Hokitika, Ross
View blog reactions">
posted by Rush Murad at 11:24 PM
34 comments
links to this post













































































